KUALA LUMPUR, 9 September- Jabatan Penerangan (JaPen) merangkul dua anugerah di 4th ASEAN PR Excellence Awards 2023 di Ho Chi Minh City, Vietnam, semalam.

JaPen menerusi satu kenyataan berkata, dua anugerah diterima pada majlis anjuran bersama ASEAN PR Network (APRN) dan Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) itu adalah Anugerah Berlian bagi kategori ‘Best Crisis Management’ dan Anugerah Gangsa untuk kategori ‘Best Government PR.

Bagi kedua-dua kategori itu, JaPen mengemukakan laporan khas mengenai peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan media semasa tragedi bencana tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada 16 Disimber 2022.

Kenyataan itu turut memaklumkan dua anugerah diterima itu adalah bagi pihak semua petugas Kementerian Komunikasi dan Digital yang bertugas dengan cemerlang semasa tragedi berkenaan.

Baca artikel penuh: Berita RTM

2023-09-14T12:15:24+08:00