boxed
color
#d9d9d9
http://iprm.org.my/wp-content/themes/smartbox-installable/
http://iprm.org.my/
#F15A23
style2

Versi Bahasa Malaysia

Rukun Athens

Rukun Kesopanan Antarabangsa Perhubungan Raya

.

MEMANDANGKAN bahawa semua negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju mengamalkan Piagamnya bagi mengukuhkan “kepercayaan terhadap hak-hak asasi manusia, di dalam nama baik dan nilai manusia” dan setelah menyedari keadaan semulajadi lapangan pekerjaan mereka, pengamal-pengamal Perhubungan Raya, di negera-negara ini harus sanggup menentukan dan mengikuti prinsip-prinsip yang ditetapkan di dalam Piagam itu,

.

MEMANDANGKAN bahawa, selain daripda “hak-hak”, manusia bukan sahaja memerlukan kehendak jasmani atau kebendaan tetapi juga keperluan cendikiawan, moral dan sosial, dan hak-hak mereka hanya berfaedah kepada mereka sekiranya keperluan-keperluan ini dipenuhi secukupnya,

.

MEMANDANGKAN bahawa, dalam menjalankan tugas-tugas mereka dan bergantung kepada bagaimana tugas-tugas ini dijalankan, pengamal-pengamal Perhubungan Raya boleh membantu mencapai keperluan-keperluan cendikiawan, moral dan sosial ini dengan luasnya,

Dan Akhirnya, MEMANDANGKAN bahawa adanya penggunaan teknik-teknik yang membolehkan mereka menghubungi jutaan manusia dengan serentak merupakan satu kuasa yang besar bagi pengamal-pengamal Perhubungan Raya yang seharusnya disekat dengan satu pengawasan rukun moral yang ketat.

.

Berdasarkan perkara-perkara ini, Persatuan-Persatuan Perhubungan Raya yang telah mengiktiraf risalah ini mengisytiharkan bahawa mereka menerima prinsip-prinsip rukun kesopanan berikut sebagai Piagam Moral mereka dan jika dengan bukti yang jelas yang dikemukakan kepada Majlis, seorang ahli daripada Persatuan-Persatuan ini telah didapati melanggar rukun ini di dalam menjalankan tugas-tugasnya, dia akan dianggap sebagai melakukan kesalahan yang berat yang patut dihukum dengan sewajarnya.

.

 Dengan demikian, tiap-tiap Ahli Persatuan-Persatuan ini :

AKAN MENCUBA

  1. Untuk membantu menghasilkan keadaan moral dan kebudayaan yang membolehkan manusia mencapai peringkat yang tinggi dan menikmati hak-hak mereka yang tidak boleh dinafikan di bawah “Perisytiharan Antarabangsa Hak-hak Manusia”:
  2. Untuk mengujudkan pola-pola dan saluran perhubungan yang, dengan menggalakkan sebarang yang bebas kepada penerangan yang perlu, akan menentukan bahawa tiap-tiap ahli masyarakat merasai bahawa ia selalu dihubungi dan juga mengingatkan penglibatan dirinya serta tanggungjawabnya, dan perhubungannya dengan ahli-ahli lain;
  3. Untuk selalu mengingati bahawa oleh sebab perhubungan di antara pekerjaannya dengan orang ramai, kelakuannya – walau bersendirian – akan mempunyai kesan ke atas keadaan bagaimana pekerjaannya dianggap sepenuhnya;
  4. Untuk menghormati prinsip-prinsip moral dan undang-undang “Perisytiharan Antarabangsa Hak-Hak Manusia” di dalam menjalankan tugas-tugas pekerjaannya;
  5. Untuk memberi perhatian terhadap, dan menegakkan nama baik manusia dan mengakui hak tiap-tiap perseorangan untuk menilai sendiri;
  6. Untuk mengujudkan keadaan moral, naluri dan cendikiawan untuk bertukar-fikiran, di dalam erti sebenarnya dan mengakui hak pihak-pihak yang mengambil bahagian untuk menyatakan keadaan mereka dan mengeluarkan pendapat mereka;

.

AKAN MENGAMBIL BERAT

  1. Untuk selalu bersifat dan di dalam segala suasana dengan keadaan yang akan menimbulkan dan mengukuhkan kepercayaan orang-orang yang ditemuinya;
  2. Untuk bertindak, di dalam segala suasana, dengan keadaan yang membolehkannya mengambil perhatian ke atas keperluan tiap-tiap pihak yang terlibat bagi faedah pertubuhan di mana dia berkhidmat dan juga faedah orang ramai yang berkenaan;
  3. Untuk menjalankan tugas dengan jujur, mengelakkan penggunaan bahasa yang mungkin menimbulkan keadaan tidak jelas atau salahfaham dan untuk tetap taat setia kepada pelanggannya atau majikannya, yang dulu atau sekarang.

.

AKAN MENGELAKKAN DIRI DARIPADA

  1. Mengabaikan kebenaran kerana keperluan-keperluan lain;
  2. Menyebarkan penerangan yang tidak berdasarkan fakta yang telah diterima dan yang boleh disahkan;
  3. Mengambil bahagian di dalam apa-apa percubaan atau tugas yang tidak sopan atau tidak jujur atau boleh merosakkan nama baik dan maruah manusia;
  4. Menggunakan cara-cara yang boleh mengelirukan atau menimbulkan keinginan yang tidak disedari yang tidak dapat dikawal oleh seseorang dengan kehendaknya sendiri yang tidak dapat dituduh salah di atas perkara yang telah dilakukan kepadanya.

.

Rukun Athens telah dipersetujui oleh Persatuan Perhubungan Raya Antarabangsa (IPRA) di Perhimpunan Agungnya yang diadakan di Athens, Greece bulan Mei 1965, dan telah diubahsuai seperti di atas dalam mesyuarat tahunan IPRA di Teheran, Iran pada 17 April, 1968.

(Diterjemahkan oleh Encik Azmuddin Ibrahim, Preedisco (Sdn) Berhad, Kuala Lumpur, Malaysia)

scroll
Loading posts...
link_magnifier
#eb7005
off
fadeInUp
loading
#eb7005
off
. . . . .

. . . . . . . .

membership-renewal-institute-of-public-relations-malaysia

**************************************************

TRAINING SCHEDULE 2017

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On Google PlusVisit Us On YoutubeCheck Our Feed